D Aura Cosmetics Memukau Dengan D Aura Perfume dan D Aura Jelita – AlongMurni

Minyak wangi merupakan salah satu aksesori kecantikan diri yang menjadi keperluan setiap orang. Mana tidaknya, minyak wangi akan membuatkan bau badan kita merasa sentiasa harum apabila berada di luar rumah. Bagi AlongMurni (AM), minyak wangi sudah menjadi seperti satu barang aksesori yang penting untuk kecantikan diri kerana AM merasa lebih yakin untuk berjumpa dengan orang ramai.
Semestinya perfume jenis Eau de Parfum (EDP) menjadi pilihan AM kerana mempunyai kepekatan minyak wangi yang paling tinggi di antara ketiga-tiga jenis minyak wangi.
Untuk Edisi kali ini, AM ingin kongsikan 4 panduan bermanfaat untuk membuatkan minyak wangi tahan lebih lama.
SIMPAN DI DALAM SUHU BILIK
‘Jangan Simpan Di Dalam Bilik Air, Tempat Lembab Atau Panas’.
Partikel minyak wangi boleh pecah sekaligus menyebabkan minyak wangi tidak tahan lama bila disimpan di tempat panas. Jadi elakkan tempat yang panas seperti tepi tingkap atau peralatan yang panas seperti tempat seterika atau televisyen.
SIMPAN MINYAK WANGI DALAM KOTAK
Jangan buang kotak minyak wangi anda. Simpan botol minyak wangi anda di dalam kotak itu supaya ianya selamat dari cahaya matahari dan suhu panas.
KETATKAN PENUTUP BOTOL
Jangan biarkan minyak botol tidak ditutup dengan kemas dan rapi.
PILIH MINYAK WANGI DALAM BEKAS KECIL
Intensiti aroma minyak wangi akan berkurangan sekiranya botol minyak wangi besar dan ianya troksida dari udara. Jadi botol minyak wangi kecil adalah pilihan terbaik.
D AURA PERFUME
Untuk pilihan AM memilih untuk menggunakan D Aura Perfume kerana wangian aroma yang padu dan memikat. D Aura Perfume didatangkan dengan 4 pilihan aroma. Uniknya aroma wangian ini diberi nama mengikut nama anak-anak pengasas D Aura Cosmetics yang lebih mesra dipanggil Puan Dina. AM dimaklumkan oleh Puan Dina sendiri bahawa nama perfume iaitu AMANDA, ARISSA, ALISHA dan AARON menjadi tanda kasih saying beliau kepada anak-anak dan inginkan anak-anak beliau menerajui perniagaan dan usaha beliau kelak.
D Aura Perfume menggunakan formula berkualiti dari Eropah dan bergred EDP. Malahan perfume ini patuh syariah dan mesra wuduk. Semestinya perfume jenis EDP ini tahan lama sehingga 1 hari. Jadi tak perlu risau, bila AM menggunakan perfume D Aura akan kekal wangi bila seharian di pejabat. D Aura Perfume didatangkan dalam saiz botol kecil 30 ml dengan harga RM 48 sebotol.
D AURA JELITA
Di samping itu, D Aura Cosmetics ada mengeluarkan D Aura Jelita yang pastinya menjadi pilihan Wanita untuk kekal cantik dan sihat. Produk ini menjadikan Vitamin C, Collagen, Glutathione, Pueraria Mirifica, Astaxanthin, Hyaluronic acid, Pearl, Delima, Honey dan Mixberry sebagai kandungan utama.
Bila tengok ada kandungan Astaxanthin ini, AM suka kerana manfaat dari astaxanthin sangat bagus termasuk melawan tekanan oksidatif, memelihara kesehatan kulit, hingga menjaga kesehatan jantung.
Antara kelebihan D Aura Jelita adalah:
- Mencerahkan kulit wajah dan badan
- Memudarkan parut jerawat dan badan
- Memudarkan parut2 operation & melecur
- Menutup liang pori di wajah
- Mengurangkan kulit berminyak
- Merawat kulit yang bermasalah.
- Merawat kulit kering
- Merawat tumit merekah
- Merawat kulit kusam dan eye bag
- Merawat resedung dan alergi
- Menguatkan kuku dan rambut.
- Menegangkan kulit wajah, payudara & pinggul.
- Membekalkan Vitamin C dan nutrisi dlm badan seharian
Harga sekotak D Aura Jelita hanya RM 48. Produk ini diiktiraf kandungan dan mempunyai sijil Pengiktirafan.
Pembelian produk D Aura Cosmetics boleh dibuat di D Aura Spa Salon Muslimah yang terletak di boleh C-3A-G, Putra Walk, Jln PP25, Taman Pinggiran Putra, Sek 2, 43300 Seri Kembangan, Selangor. Pembelian juga boleh dibuat di website
www.wasap.my/601155819845/dauraperfume